Amaran keras

Wednesday 12 September 2012

SISTEM PENDIDIKAN JARAK JAUH


1.0 PENDAHULUAN
Pada hari ini, perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi memberi kesan ke atas kehidupan manusia termasuklah di dalam bidang pendidikan. Di Malaysia, gagasan Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor (MSC) merupakan pemangkin kepada sistem pendidikan negara untuk mengimplementasikan pendidikan maya. Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dalam talian yang dilaksanakan oleh beberapa buah IPT tempatan merupakan sebahagian daripada tahap awal pendidikan maya di negara ini. Sistem PJJ telah diterima di seluruh dunia sebagai pendidikan yang sah dan diakui setanding dengan bentuk pendidikan yang lain. Kemajuan PJJ amatlah penting kerana sistem ini memberi pilihan pendidikan kepada golongan manusia yang mahu menimba ilmu dengan cara yang berbeza daripada pendidikan formal (Shireen Haron, Jan 1995).
     Program ini  merupakan suatu pendekatan pendidikan yang bersifat inovatif yang berupaya untuk menangani cabaran serta peluang di alaf baru ini. Kelebihan yang ditawarkan oleh PJJ dalam talian ini dikatakan dapat menggalakkan penjanaan dan perkongsian ilmu di kalangan masyarakat global. Di malaysia, antara pusat pengajian tinggi awam dan swasta yang menawarkan program ini ialah Universiti Teknologi Mara, Universiti Sains MalaysiaUniversiti Utara MalaysiaUniversiti Pendidikan Sultan IdrisOpen University Malaysiadan banyak lagi institusi yang menawarkan program ini. Program ini juga menyediakan banyak pilihan dan peluang kepada pelajar untuk memilih kursus yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

1.1 Rasional Pemilihan Tajuk
Oleh kerana permintaan pelajar untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta semakin meningkat dan meraka masih lagi belum mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran, maka pengajian jarak jauh merupakan salah satu kaedah alternatif untuk mencapai cita-cita tersebut. Maka dengan melihat sendiri keperluan ini saya bersetuju untuk mengkaji apakah konsep dan aspek yang menyumbang kearah perkembangan dan pertumbuhan sistem PJJ dan apakah kebaikan dan kelemahan yang wujud di atas pelaksanaan sistem ini kepada pelajar. Hal ini adalah disebabkan kerana PJJ merupakan satu kaedah pembelajaran yang unik di mana pelajar-pelajarnya terdiri daripada mereka-mereka yang telah bekerja dan mempunyai tanggungjawab lain yang harus dipikul. Jika dilihat, mereka yang cenderung dalam program PJJ ini adalah mereka yag telah mempunyai pekerjaan tetap. Oleh kerana terlalu mencintai ilmu, maka mereka telah membuat pilihan yang terbaik dengan mengikuti program PJJ sebagai landasan untuk mencapai kejayaan dan berusaha untuk mendapatkan persijilan yang lebih tinggi adalah antara matlamat utama yang patut dicapai.
                                                                                                                                                           
1.2 Konsep Pengajian Jarak Jauh
Seperti yang kita tahu, PJJ adalah satu kaedah pembelajaran yang memisahkanantara pengajar dan pelajar. Dengan itu pengajaran dan pembalajaran berlangsung melalui bahan-bahan pengajaran kendiri dalam pelbagai media. Dalam konteks PJJ, pembelajaran kendiri bermaksud pelajar belajar secara bersendirian dan tidak perlu bertemu dengan rakan-rakan sekelas. Para pelajar bebas mempelajari sesuatu subjek mengikut tajuk-tajuk yang telah di berikan oleh pensyarah mereka. Menurut Rozhan Hj. Mohammad Idrus (1994) terdapat dua ciri utama yang amat penting dalam pelaksanaan PJJ:
1.      Segala pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara formal dapat dilaksanakan dan diseliakan secara jarak jauh iaitu dalam keadaan pelajar terpisah daripada pengajar.
2.      Tanggungjawab pembelajaran telah dipindahkan kepada pelajar itu sendiri. Dengan secara sendirian, pelajar akan belajar dan juga menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran bagi menambah dan memperolehi ilmu serta kemahiran yang dicari .

1.3 Sejarah PJJ di Malaysia
Di Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan pusat pengajian tinggi yang pertama menjalankan sistem PJJ sejak 10 tahun yang lalu. Pencapaian dan kejayaannya amatlah membanggakan. Pada tahun 1990 Institut Teknologi Mara (ITM) pula telah menawarkan kursus-kursus peringkat diploma dan juga merupakan satu lagi pusat pengajian tinggi yang mempunyai tanggungjawab untuk mendidik rakyat Malaysia bumiputera menjadi profesional yang berkaliber, berdikari dan berilmu bagi mencapai pembangunan sosio ekonomi negara. ( Shereen Harun ,Jan 1995).
Begitu jugalah dengan Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR), telah bekerjasama dengan Science Application International Corperation (SAIC) Amerika Syarikat akan mula menawarkan kursus-kursus secara ‘konsep universiti maya’. (Sunday Star, 16 Feb. 1997). Kesemua institut pengajian tinggi ini menawarkan kursus-kursus di peringkat ijazah dan diploma mengikut program pengajian jarak jauh.
Selain daripada itu terdapat juga cadangan untuk menubuhkan universiti multimedia berkonsepkan program PJJ oleh KUB Malaysia Berhad yang berpusat di Koridor Raya Multimedia (MSC). Dengan cara ini pensyarah dan pelajar dapat berinteraksi secara langsung dengan menggunakan peralatan multimedia sama ada di pusat berkenaan atau terus dari rumah pelajar berkenaan (Utusan Malaysia, Mei 1997).

1.4 Kumpulan Sasaran
PJJ diibaratkan sebagai satu rahmat bagi mereka yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi disebabkan oleh sebab-sebab tertentu tetapi mempunyai kelayakan. (Prof. Dr. Muhammad Sulaiman, Mac 1997). Antara kemungkinan penyebab utama mereka tidak dapat melanjutkan pelajaraan pada masa yang sepatutnya, ialah saingan yang tinggi daripada pelajar-pelajar yang lain ataupun disebabkan oleh masalah kewangan dan mereka perlu bekerja terlebih dahulu. Kewujudan PJJ merupakan alternatif  kepada golongan ini, pada kebiasaan mereka yang terlibat dengan PJJ adalah mereka yang telah berkerja dan masih berminat untuk menyambung pengajian disamping untuk meningkatkan status sosial. Di samping itu PJJ juga dapat mengemaskinikan ilmu pengetahuan yang sedia ada oleh individu tertentu dan membantu mereka dalam perkembangan kerjaya dan pekerjaan.


2.0 SISTEM PENDIDIKAN JARAK JAUH
Sistem Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan sistem pengajaran secara jauh, maknanya pengajar dan pelajar terpisah atau berada pada suatu jarak antara satu sama lain, ataupun tidak bersemuka. Dalam sistem PJJ  bahan-bahan atau keseluruhan sukatan pelajaran disediakan dalam bentuk cetak atau bukan cetak dan dibekalkan kepada pelajar pada masa yang sesuai dengannya. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran tidak berlaku pada masa yang sama iaitu tidak perlu berada di tempat yang sama atau berdepan dengan tenaga pengajar dan yang paling utama ialah pengurusan masa yang baik (Mohd. Noor Saleh, 1994).
Terdapat beberapa aspek yang telah menyumbang ke arah pertumbuhan dan perkembangan sistem PJJ. Di antaranya ialah:-
·         Kemudahan sokongan bertambah baik
Kemudahan sokongan amatlah diperlukan agar pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna. Di antara kemudahan yang dimaksudkan ialah perkhidmatan kaunseling kepada pelajar PJJ. Kaunseling kepada pelajar PJJ adalah perlu untuk membantu pelajar untuk menyesuaikan diri dengan kaedah pendidikan PJJ dan memberi khidmat nasihat tentang perancangan serta strategi pembelajaran. Ia juga bertujuan untuk menangani sebarang masalah yang dihadapi samada masalah berbentuk akademik ataupun peribadi agar ia tidak berlanjutan dan menjejaskan prestasi pemelajaran pelajar(Rozhan Hj. Mohammed Idrus,1994).
Selain daripada itu terdapat juga alat sokongan yang lain seperti kewujudan bahan bacaan dimana ia dijadikan panduan utama bagi pelajar PJJ dan alat ini juga merupakan media paling lama digunakan. Televisyen dan audio kaset juga digunakan sebagai alat sokongan dalam sistem ini. Audio kaset digunakan adalah bertujuan supaya pelajar yang tidak ada masa untuk  ke kuliah boleh mendengar syarahan mata pelajaran yang telah dimuatkan ke dalam pita rakaman ini di mana dan tempat yang menjadi pilihan mereka (Shireen Haron,Jan 1995).

·         Perkembangan komunikasi terbaru seperti komputer, video, telefaks dan sebagainya.
PJJ merupakan sistem pendidikan yang menekan kepada konsep pendidikan sendiri, jadi di sini komunikasi amatlah perlu untuk melancarkan lagi proses ini. Komputer misalnya merupakan media penyampaian maklumat yang semakin pesat digunakan oleh institusi pengajian tinggi di seluruh dunia. Komputer mempunyai pelbagai fungsi, yang utama ialah sebagai wahana berkomunikasi, berinteraksi dan untuk memproses maklumat. Ia juga digunakan sebagai alat untuk membuat penyelarasan dengan berkesan ke atas maklumat yang diperolehi. Bagi sistem PJJ, komputer merupakan satu pilihan untuk merapatkan jurang pengasingan yang wujud antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan pensyarah (Ab. Rasid Mat Zin,1994). Video secara umumnya boleh digunakan sebagai asas untuk meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas. Apabila pelajar menonton video mereka dapat menghubungkan apa yang dilihat dengan apa yang dipelajari di dalam kelas. Dengan cara ini pelajar dapat menyoal sumber maklumat yang diperolehi dan menggalakkan pelajar untuk menganalisis maklumat yang diberi dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi pelajar.
·         Sokongan daripada kerajaan.
Kerajaan sememangnya menitikberatkan sistem pendidikan di Malaysia sama ada ia berbentuk formal ataupun tidak formal. Menurut Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (Utusan Malaysia, Nov 1997) mengajak semua negara anggota Persatuan Universiti-Universiti Terbuka Asia (AAOU) mempertimbangakan rancngan mengadakan PJJ melangkaui sempadan negara-negara anggota dan sekiranya rancangan ini dilaksanakan maka tercapailah matlamat sasaran 40 % (peratus) penduduk negara anggota akan memperolehi pendidikan tinggi menjelang tahun 2020. Selain daripada itu Kerajaan juga bercadang menubuhkan Universiti Multimedia berkonsepkan Pengajian Jarak Jauh yang berpusat di Koridor Raya Multimedia (MSC). Dengan ini jelas beliau, universiti ini akan menjadi tuan rumah dan akan bertindak sebagai pusat pentadbiran dan dapat memberi maklumat kepada lain-lain pusat pengajian.

3.0 KEBAIKAN DAN KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN JARAK JAUH
Seperti yang telah diketahui umum sistem PJJ adalah konsep pemisahan antara pengajar dan pelajar. Kemajuan sistem PJJ semakin diperlukan kerana sistem ini memberi pilihan pendidikan kepada golongan yang mahu menimbah ilmu dengan cara yang berbeza daripada pendidikan formal. Persoalannya sekarang, apakah kebaikan dan kelemahan daripada sistem PJJ ini kepada pelajar

 3.1 Memberi Peluang Kedua Kepada Pelajar
Pembangunan sosial dan ekonomi amat penting bagi memastikan taraf hidup yang selesa bagi rakyat sesebuah Negara. Dengan kemajuan yang telah dikecapi sekarang, didapati pelabur asing amat gemar untuk melabur di Malaysia. Hal ini adalah disebabkan oleh tenaga kerja yang terdapat di Malaysia telah terlatih, bertanggungjawab dan berpengetahuan. Ini merupakan satu galakan untuk menarik pelabur datang ke Negara ini. (Shireen Haron, Feb 1995)
     Sehubungan dengan itu, dengan tertubuhnya program PJJ ini ia dapat memberi peluang kepada mereka yang telah bekerja bagi meningkatkan kelayakan, kemahiran dan pengetahun yang sedia ada dengan mengambil langkah untuk mengikuti program PJJ yang telah diwujudkan. Keperluan ini dapat memastikan perkembangan ilmu yang sihat demi pertumbuhan ekonomi, sosial dan politik yang pesat ((Mohd Noor Saleh, 1994). Dengan itu PJJ amat penting kerana program ini akan memperbanyakkan lagi golongan masyarakat yang berpengetahuan dan berilmu. Ini selaras dengan perkembangan sektor awam dan swasta dimana mereka mempunyai tanggungjawab yang semakin besar dan komplek. Dengan itu sektor ini memerlukan mereka yang berkaliber, berdedikasi dan berpengetahuan tinggi untuk memastikan mutu kerja dan perkhidmatan terus meningkat ke tahap keberkesanan yang optima. Sesungguhnya pendidikan itu sangat penting dan perlu dijadikan sebagai satu kegiatan yang berterusan dalam kehidupan manusia.


3.2 Kemudahan Media                                    
Bagi menjamin program PJJ berjalan dengan lancar, banyak kemudahan telah disediakan  contohnya media sama ada media cetak mahupun elektronik. Dalam program ini, media adalah bahan utama yang digunakan untuk menyampaikan segala maklumat kepada pelajar. Bahan pengajaran ini memudahkan pelajar untuk menyampaikan idea-idea dan merangsang kepada pembelajaran yang lebih berkesan dengan mudah dan cepat. Seperti yang telah disediamaklum, PJJ adalah pembelajaran yang tidak mengkehendaki pelajar mahupun pensyarah untuk menghadiri sesuatu kelas. Dengan itu media adalah salah satu jaringan yang mereka gunakan untuk saling berhubung bagi menyampaikan sesuatu maklumat mahupun menghantar segala tugasan yang telah diberi. Dengan adanya media mahupun jaringan internet yang sedia ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar.

3.3 Masa
Masa adalah salah satu kelemahan dan masalah utama bagi pelajar yang mengikuti program PJJ. Hal ini kerana mereka mempunyai pelbagai komitmen kerana kebanyakan mereka sudah berkeluarga dan mempunyai pekerjaan yang tetap. Masalah yang mereka hadapi ialah bagaimana memperoleh masa yang berkualiti untuk mendapat hasil pembelajaran yang lebih berkesan. Menurut Ab. Rasid Mat Zin, masa yang berkualiti bermakna menggunakan masa yang ada sebaik mungkin untuk mentelaah atau melaksanakan kegiatan pendidikan dengan berkesan. Masa yang paling ideal diambil untuk mengulangkaji pelajaran sekurang-kurangnya tiga atau empat jam. Walaubagaimanapun, persoalannya ialah apakan seseorang pelajar itu dapat belajar dengan berkesan.
       Maka dengan itu pelajar hendaklah bijak mengatur masa yang ada dengan membahagikan masa untuk keluarga, tugas-tugas di pejabat dan masa untuk belajar. Dalam hal ini keluarga memainkan peranan yang penting untuk memberi semangat agar pelajar dapat meneruskan pembalajaran dengan selesa dah berkesan. Perancangan masa yang efektif akan memudahkan pelajar untuk melakukan segala tugasan harian dengan berkesan dan sistematik.

3.4 Kos
Tidak dapat disangkal lagi bahawa dalam apa juga yang kita lakukan kewangan adalah satu permasalahan yang akan sentiasa dititikberatkan. Dalam hal ini, kos memainkan peranan yang amat penting. Bagi sestel PJJ, tidak dapat dinafikan bahawa pelajar amat memerlukan kos yang amat tinggi terutama sekali untuk membayar yuran sekitar Rm 1000 hingga RM 4000 dan bagi memperoleh bahan bacaan dan penggunaan media. Kos ini menjadi beban kepada mereka kerana gaji yang diperolehi bukan sahaja digunakan untuk belajar malah untuk keperluan harian seperti keperluan keluarga dan keperluan lain. Namun begitu dengan semangat yang amat tinggi untuk mendapat kejayaan, kemahiran serta pengetahuan tidak menghalang mereka untuk terus belajar demi masa depan yang cemerlang.

3.5 Kurang Interaksi
Seperti yang kita tahu, sistem PJJ adalah sistem pembelajaran jarak jauh bermaksud pelajar dan pengajar terpisah atau berada pada satu jarak yang jauh antara satu sama lain. Dalamsistem PJJ bahan-bahanataukeseluruhansukatanpelajarandisediakandalambentukcetakataubukancetakdandibekalkankepadapelajarpadamasa yang sesuaidengannya.Olehitupengajarandanpembelajarantidakberlakupadamasa yang samaiaitutidakperluberada di tempat yang samaatauberdepandengantenagapengajar.Tidakdapatdisangkallagibahawasemakinluasjarak yang wujuddalamperhubungan, semakinkompleksdanmencabarperananpensyarahdalammenggunakansegalasumber media komunikasi yang adauntukmenyampaikanmaklumatkepadapelajar. Pelajarpersendirianjikadibandingkandenganpelajarbiasamempunyaiinteraksi yang minimum bukansahajadenganpensyarah, tetapijugadenganrakansekuliah.Berkongsifikirandan idea di kalanganrakansekuliahmerupakansatukegiatan yang sihatdanberfaedahdalam proses pembelajaran. Bagisesetengahpelajarbernasibbaikkeranamempunyairakanpejabatataukenalanrapat yang sekuliahdenganmereka, makabolehmenubuhkankumpulankeciluntukbelajartetapiadajuga yang tidakbernasibbaikuntukberbuatdemikian.Iniakanmenjadimasalahkepadapelajar. Proses pembelajarandalamsuasana "pengasingan" merupakansatugejala yang tidaksihat (ShireenHaron, April 1995).


4.0 CADANGAN
Terdapat beberapa cadangan yang disarankan agar sistem Pengajian jarak Jauh dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan seterusnya menarik minat mereka yang telah bekerja untuk menimba ilmu dan memperoleh kelayakan, kelulusan, kemahiran dan pengetahun yang lebih mendalam dalam bidang masing-masing.
                                                             
4.1 Pengecualian Cukai dan Cuti Tanpa Rekod.
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah menuntut kepada kerajaan untuk memberi beberapa keistimewaan kepada kakitangan kerajaan termasuk guru sebagai galakan untuk mereka melanjutkan pelajaran menerusi program PJJ. Menurut Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) N. Siva Subramaniam (Utusan Malaysia,1997) antara keistimewaan yang harus diberikan ialah pelepasan cukai tahunan dan cuti tanpa rekod untuk menghadiri kursus insentif yang disediakan oleh universiti. Hal ini memandangkan kebanyakan kakitangan kerajaan sudah berumahtangga serta mempunyai anak adalah wajar pelepasan cukai diberikan kepada mereka. Perbelanjaan mengurus dan potongan gaji untuk pembelian rumah dan sebagainya, sememangnya menjadi satu bebanan kepada golongan ini. Selain daripada itu pelajar PJJ juga harus membayar yuran pengajian diantara RM1000 hingga RM4000 merupakan satu bebanan. Oleh sebab itu pengecualian cukai hendaklah diberikan ke atas yuran pengajian yang dibayar oleh pelajar PJJ untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh mereka.

4.2 Sumber Kewangan
Sumber kewangan menjadi faktor utama bagi pelajar PJJ. Mereka terpaksa membahagikan kewangan yang ada dengan secukupnya. Sekiranya yuran pengajian disekitar RM1000 hingga RM4000, hal ini banyak menimbul masalah kepada mereka. Di sini peranan kerajaan amat penting dalam menyediakan sumber kewangan kepada pelajar PJJ agar mereka dapat belajar dengan tenang dan selesa. Sumber kewangan yang dimaksudkan ialah berbentuk biasiswa atau pinjaman. Selain daripada itu majikan juga boleh menyediakan sumber kewangan yang berbentuk pinjaman dari tabung dan sebagainya untuk menggalakkan pekerjanya mengikuti program PJJ ini disamping meningkatkan motivasi pekerjanya untuk terus belajar dan akhirnya dapat meningkat prestasi kerja mereka ke tahap yang lebih baik.

4.3 Penyelidikan dan Kajian Oleh Pihak Universiti
Penyelidikan dan kajian yang konsisten perlu dibuat keatas aspek-aspek berikut:
·         Teknologi pendidikan iaitu melibatkan kaedah yang digunakan untuk menyampaikan maklumat yang lebih berkesan seperti komputer, E-mail, video sidang dan sebagainya.
·         Kebajikan dan hal-ehwal pelajar PJJ dimana bantuan nasihat dan kaunseling kepada pelajar PJJ yang mempunyai masalah pembelajaran perlu ditekankan.
·         Prestasi pelajar PJJ harus dikaji dan dianalisis setiap tahun. Perhatian yang serius perlu diambil jika wujud peratus kegagalan yang tinggi.
·         Mutu bahan pembelajaran di mana ia perlu di semak setiap tahun untuk memastikan isu dan ilmu terbaru disertakan.
·         Pengurusan dan pentadbiran sistem PJJ perlu berjalan lancar supaya perlaksanaan program boleh dilaksanakan sebaik mungkin (Shireen Haron, Feb 1995)
4.4 Peranan Masyarakat
PJJ merupakan satu sistem pendidikan yang baru khususnya di rantau Asia. Masih banyak yang ragu akan keberkesanan dan mutu sistem ini. Hal demikian kerana masyarakat Asia masih menekankan pendidikan biasa. Perubahan kepada sesuatu yang baru kerap menjadi tanda tanya kerana kekurangan maklumat. Oleh itu masyarakat umum harus memahami apakah PJJ, bagaimanakah pelaksanaannya, bagaimanakah caranya untuk belajar sebagai pelajar PJJ.


5.0 KOS YANG DITAWARKAN DAN YURAN PENGAJIAN

AntaraUniversiti yang menawarkanpendidikanjarakjauhialahUniversiti Putra Malaysia.Disinidilampirkankursas yang ditawarkansertakospengajian.
Universiti Putra Malaysia merupakanantarauniversiti yang komitedmerealisasikanDasarPendidikan Negara untukmenggalakkanpembelajaransepanjanghayatdandekatdenganpintumasukmelaluipenawaranpengajiansecarajarakjauh.Program pengajianjarakjauhdiuruskanoleh Pusan PendidikanLuar.

Kursusyang Ditawarkan:
1)       BacelorKomunikasi 
2)      BacelorSains (Pembangunan Manusia) 
3)      BacelorSains (Pembangunan SumberManusia) 
4)      BacelorPentadbiranPerniagaan 
5)       BacelorPendidikan: 
6)      PengajaranBahasaInggerissebagaiBahasaKedua) 
7)      BacelorSastera: 
8)      BahasadanLinguistikMelayu
9)      BahasaInggeris 
10)  Master Sains (Pembangunan SumberManusia) 
11)  Master Sains (KomunikasiKorporat) 
12)  Master Sains (PBMP) 
13)  Master Sastera (BM) 



YuranPengajian
BayaranYuranStrukturYuran Program Diploma danIjazah
Perkara
Diploma
Ijazah
YuranTidakBerulang (dibayarsekalisahaja)
Bagipelajarbaharu :
- Pelajar Malaysia
RM 489.00
RM 494.00
- PelajarLuar Negara
RM 489.00
RM 494.00
YuranBerulang (Setiap Semester)
- Pelajar Malaysia
RM 625.00
RM 637.50
- PelajarLuar Negara
RM 625.00
RM 637.50
YuranPengajian (Setiap Semester)
- Pelajar Malaysia
RM 216.00
RM 550.00 - 850.00
- PelajarLuar Negara
RM 1,284.50
RM 2,317.00 - 7,700.00

YuranPengajian (Per Semester)
Bidang
PelajarDalamNegeri
PelajarLuar Negara
Sastera
RM 550.00
RM 2,317.00
SainsTulen
RM 620.00
RM 3,682.00
Teknologi
RM 700.00
RM 5,112.50
Perubatan
RM 850.00
RM 7,700.00

Yuranpenginapan di KolejKediaman (tidaktermasukmakan / minum) untuksatu semester
Kos dikenakanbagiseorangPelajar
KolejKediaman 1-11 dan 13
RM 640.00 (seorangsebilik)
KolejKediaman 12 & 14 (swasta)
RM 640.00 (seorangsebilik)
RM 577.00 (2 orang sebilik)
RM 514.00 (4 orang sebilik)


6.0  KESIMPULAN
Kesimpulan disini dapatlah dikata bahawa sistem PJJ membuka peluang yang luas bagi mereka yang bekerja untuk menimba ilmu pengetahuan. Walaupun mereka bekerja dan mempunyai tanggungjawab kepada keluarga, mereka masih boleh belajar. sesungguhnya tenaga kerja yang mahir, terlatih dan berilmu akan menguntungkan negara. Kemahiran ini penting untuk menjamin pertumbuhan ekonomi dan sosial yang sihat. Kejayaan dalam apa perkara pun tidak akan wujud tanpa titik peluh diri sendiri. Begitu jugalah dengan pelajar PJJ di mana kejayaan mereka di tentukan oleh pelbagai faktor seperti daya usaha, disiplin dan sokongan keluarga. Pelajar PJJ yang berjaya menempuh segala dugaan dan cabaran dalam pendidikan merupakan golongan pelajar yang istimewa, dinamik dan berkeliber.
    Ada yang beranggapan rintangan adalah satu cabaran untuk lebih berjaya dan tidak kurang pula yang menganggap ia sebagai halangan untuk terus menyerah kalah. Walau bagaimanapun, sudah tiba masanya masyarakat kita perlu berubah kearah masyarakat yang mencintai ilmu, memahami konsep pembalajaran sepanjang hayat sebagai mana yang dianjurkan olah Nabi Muhammad S.A.W melalui hadisnya yang bermaksud “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahat”. Masalah kekangan masa, kurang interaksi dengan rakan dan tutor, dan sebagainya boleh diatasi dengan kerjasama dari pelbagai pihak. Berhubung dengan soal ‘Belajar Sambil bekerja’ kelebihan dan kekurangan memang tidak dapat dinafikan, bagi meletakkan nilai sama ada ia baik atau sebaliknya adalah satu persoalan yang amat relatif, saling berkait antara unsur penyebab dan cara penerimaan. Ingatlah pepatah melayu mengatakan “Kalau tidak di pecahkan ruyungnya, manakan dapat sagunya” hal ini membawa maksud bahawa sekiranya kita tidak berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan maka mustahil untuk mendapat hasilnya.







No comments:

Post a Comment