Amaran keras

Tuesday 11 October 2011

Sastera kanak-kanak dari Aspek Fantasi dan Kontemporari / moden

Pengenalan Kesusasteraan
Perkataan sastera berasal daripada bahasa sanskrit iaitu "castra". Susastera yang bermaksud kata yang membawa maksud khusus dimana su bermaksud indah, baik atau lebih berfaedah. Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Dari segi huruf, perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. " Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak. Manakala menurut Zalila Sharifdan Jamilah Hj, Ahmad (1993: 2), Kesusasteraan berkembang daripada dua suku kata iaitu sas dan tra. Kata ‘sas’ bermaksud mengarahkan, mengajar atau memberi petunjuk. Manakala ‘tra’ pula menunjukkan alat atau saranan.

Ciri -ciri Cerpen Kanak-kanak

Konsep Cerpen  Kanak – kanak...

·         Dinikmati bukan sahaja kanak – kanak tetapi juga oleh orang dewasa.
·         Selalu  dikaitkan dengan sastera yang ditujukan untuk dua kelompok  iaitu kanak – kanak dan remaja.
·         Digunakan secara umum untuk membawa maksud karya – karya penulisan dan penerbitan untuk kanak – kanak dan remaja.

 Aspek-aspek Penting Penulisan Cerpen Kanak – kanak..
1.  Sesuai dengan usia, tahap berfikir dan pencapaian bahasa kanak-kanak
Ø Bentuk , isi dan tujuannya perlulah segera dapat menarik minat membaca dalam kalangan kanak-kanak
Ø Berdasarkan tujuan pendidikan tertentu. Contohnya, banyak melibatkan unsur-unsur yang berkait rapat dengan pengajaran dan pembelajaran formal
Ø Tema  pemikiran dan persoalan harus sesuai untuk mencapai matlamat pendidikan prasekolah. Contohnya bersifat didaktik dan menghiburkan, bukannya membawa pemikiran berat tentang kehidupan
2. Kesukaran yang bakal dihadapi oleh kanak-kanak perlu diambil kira semasa pengarang membuat cerpen. Seperti bermula dengan alam, persekitaran atau perkara-perkara yang diketahui, pernah dilihat atau didengar.

3. Penggunaan bahasa dalam cerpen kanak-kanak haruslah sesuai dengan tahap pencapaian mereka. Bahasa yang digunakan haruslah terjamin kesopanan dan mutunya di samping mudah difahami oleh kanak- kanak. Mempunyai tanda bacaan yang betul dan teratur, ayat-ayat yang pendek dan perkataan yang tegas.
4. Perlu memaparkan gambar dan ilustrasi berdasarkan fungsi yang sebenar seperti bahan bacaan yang banyak gambar dan berwarna-warni ilustrasinya. Buku bergambar haruslah mempunyai nilai sastera di samping ilustrasi yang memancarkan mutu seninya
5. Bentuk fizikal karya kanak-kanak perlu mengambil pertimbangan didaktis-psikologi. Seperti aspek-aspek fizikal  termasuklah kertas, saiz buku, besar kecilnya huruf, jarak antara huruf, jarak antara perkataan, saiz dan penempatan gambar atau ilustrasi dan lain-lain.
6. Kesesuaian cerpen untuk kanak-kanak, penulis perlu memastikan cerita atau karyanya dapat memberikan perlindungan material, perlindungan emosi, perlindungan intelektual dan perlindungan spiritual kepada kanak-kanak.

Saranan...
1. Ibu bapa membacakan buku kepada anak-anak sebagai rutin harian (seperti sebelum waktu tidur). Ibu bapa digalakkan mengadakan satu masa membaca bersama keluarga di mana setiap ahli keluarga akan melakukan pembacaan masing-masing. Jika semua keluarga mempunyai masa menonton televisyen bersama, tentukan juga masa untuk keluarga membaca bersama kerana aktiviti membaca adalah amat penting.
2. Guru memainkan peranan penting mempengaruhi dan membimbing kanak-kanak. Guru  perlu kreatif mengadakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan buku-buku yang dibaca tersebut bagi memanjangkan lagi perhatian dan minat kanak-kanak terhadap isi kandungan buku tersebut.
3. Guru meletakkan buku yang telah dibacakannya di sudut bacaan untuk diakses dengan mudah. Membenarkan kanak-kanak mengunjungi sudut bacaan walaupun tanpa pengawalan guru akan menjadikan mereka lebih bebas membuat pilihan terhadap bahan bacaan mereka, berbincang sesama teman dan meneliti buku yang disukai dengan cara mereka sendiri
4. Bahan bacaan menepati cita rasa dan minat kanak-kanak. Guru perlu bijak memilih buku yang dapat menarik minat, bersesuaian dengan kanak-kanak pada usia tersebut. Mengambil kira penggunaan gambar yang menarik, font yang jelas dan besar serta bilangan jumlah perkataan kerana isi juga memainkan peranan penting dalam menarik minat kanak-kanak.
5. mengambil kira penggunaan gambar yang menarik, font  yang jelas dan besar serta bilangan jumlah perkataan. Guru boleh menggunakan perakam suara untuk merakamkan cerita yang digemari dan kanak-kanak boleh mendengar cerita tersebut tanpa guru. Selain itu, kanak-kanak boleh merakam suara mereka menyanyi, membaca buku dan memperdengarkannya semula.

Ciri-ciri Sastera
Ciri-ciri Sastera Fantasi...
Fantasi sebenarnya sukar ditakrifkan secara khusus atau diberikan sempadan secara jelas kerana ia mungkin bersifat epik, mitos atau jenaka yang merentas genre. Ia mungkin bermula pada masa kini dan berkembang menuju alam lain atau zaman lain. Cerita fantasi merupakan cerita yang penuh dengan pelbagai kemungkinan yang luas, seluas pemikiran dan khayalan manusia. Cerita jenis ini  dikatakan menarik kerana para pembaca-pembaca muda dengan mudah dapat membayangkan diri mereka berada dalam situasi yang dikhayalkan. Bayangkan betapa menariknya jika permaidani yang kita duduk boleh melayang-layang ke udara atau lanun-lanun yang kejam dapat ditumpaskan dengan semburan nafas yang bertukar menjadi api. Bayangkan seorang kawan yang kaki buli atau orang dewasa yang kaki dera dapat ditewaskan melalui sentukan jari atau dengan panahan kilauan cahaya mutiara ajaib.
Ciri-ciri Sastera kontemporari / Moden...
Kategori ini meliputi dua bidang, iaitu bidang cerita rekaan dan juga bidang bukan cerita rekaan. Cerita-cerita rekaan atau fiksyen untuk kanak-kanak adalah sama iaitu berkaitan dengan pengembaraan , kisah persekolahan, cerita misteri dan penyiasatan, fiksyen sains, cerita fantasi , cerita jenaka atau kisah-kisah yang melibatkan watak bukan orang seperti binatang. Sesetengan bentuk cereka seperti kisah misteri mahupun penyiasatan merupakan genre yang masih dianggap kurang diterokai dan hanya segelintir penulis sahaja yang berjaya menghasilkan karya berbentuk seperti ini. Bidang kedua ialah cerita-cerita benar berdasarkan fakta yang tepat. Cerita yang berpandukan sejarah atau cerita berbentuk biografi dan autobiografi orang tertentu dimasuk kan dalam cerita ini

Kesimpulan 

   sastera merupakan elemen yang penting dalam pendidikan prasekolah. Namun disebabkan arus teknologi masa, kini kanak-kanak banyak didedahkan dengan media hiburan. Sastera mula terpinggir daripada kehidupan mereka. Para guru perlu memainkan peranan yang aktif bagi menyepadukan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak agar ianya benar-benar hidup dan tidak hilang ditelan zaman.
      Tidak dapat dinafikan sestera kanak-kanak amat berguna dalam usaha bagi membantu perkembangan kanak-kanak prasekolah secara menyeluruh. Hasilnya akan dapat dilihat dalam bentuk pulangan jangka panjang iaitu kanak-kanak tersebut bukan saja mempunyai kemahiran membaca yang tinggi, melah turut mempunyai minat membaca yang mendalam.
       Disamping itu, tujuan untuk membina insan yang seimbang akan tercapai kerana mereka bukan sahaja berkembang dari segi kognitif malah sastera juga akan turut serta membina sahsiah diri yang baik. Dengan adanya kesedaran dan usaha yang gigih di kalangan pendidik, sastera akan menjadi sebati dalam pendidikan prasekolah. Oleh itu diharap penekanan terhadap matapelajaran sastera ini terus berkembang bagi menghadapi cabaran zaman.




      

Sunday 2 October 2011

Aku bakal pendidik ( sehari bersama mereka )

barisan guru Sk Parit Serong dan bakal2 guru

Assalamualaikum......
Diri ku bakal menjadi seorang pendidik.....blh kew nak bawak watak sebagai cg...aduhhhh takut x dapat melaksanakan tugas dengan baik. baru2 nie aq dan rakan  telah menjalankan satu aktiviti sehari bersama pelajar2 prasekolah Sk Parit Serong. Setelah melihat hasil daripada proses pengajaran yang dilakukan guru prasekolah tersebut, timbul satu semangat baru dalam diri. Cg  prasekolah tu seorang lelaki tau, wahhh sungguh teruja. Cg lelaki boleh mengajar budak2 prasekolah...macam mana pulak dengan aq. mampu kew aq laksanakan tugas nie dengan baik... mari kita saksikan aktiviti yang telah kami lakukan....

heheheh tengah bercerita

tiup belon

rebut kerusi

penyampaian cenderahati

nak balik dah budak2 nie

nie la wajah2 pelajar n bakal2 guru prasekolah

Setelah sehari bersama para pelajar, aq menjadi semakin bersemangat untuk menjadi seorang guru...penolong kanan sekolah tu telah memberi nasihat kepada kami melalui facebook " Ingat anakku....sekali masuk ke bidang perguruan..jangan undur..terus berbakti dengan ikhlas,jujur dan bersemangat demi anak bangsa tercinta"  hehheh makaC cg Samad, insyaallah semua akan lebih baik dengan adanya usaha.amin...