Amaran keras

Tuesday 27 December 2011

TEORI PERKEMBANGAN FREUD

Pengenalan
Sigmund Freud dilahirkan di Frieburg, Moravia yang kini lebih dikenali sebagai Czechoslovakia  pada 6 mei 1856. Beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 1939 pada ketika itu beliau berusia 83 tahun. Mendapat pendidikan formal serta ijazah  daripada Universiti Vienna. Pada awalnya beliau menunjukkan minat yang mendalam dalam dam melakukan banyak penyelidikan dalam bidang neurologi. Dengan adanya pengalaman dan minat yang meluas dalam bidang berkenaan telah mendorong beliau membuka klinik persendirian yang memberi rawatan khusus kepada penyakit yang berkaitan dengan saraf sahaja.
     Oleh kerana beliau sangat berminat dalam bidang neurologi maka beliau telah meninggalkan dunia akedemik universiti dan manjadi seorang pengamal perubatan pada tahun 1886. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Martha Bemays dan dikurniakan empat orang anak yang salah seorangnya ialah Anna yang juga merupakan seorang tokoh psikologi yang terkenal. Beliau juga pernah berguru dengan Piere Janet dan Jean Charcot. Beliau mempelajari teknik-teknik menyembuhkan pesakit histeria dengan menggunakan teknik hipnosis dan setelah kembali ke Vienna beliau mempratikkan teknik ini dengan berkerja dengan Joseph Breuer.


Konsep Tentang Manusia
Menurut Freud (1940), manusia dilahirkan dengan dorongan boilogi dan naluri yang bersifat jahat. Tingkah laku manusia dari awal dengan naruli ini. Kedua-duanya bertanggungjawab terhadap tingkah laku manusia. Dengan dorongan dan naluri ini ia boleh bertindak secara tidak rasional dan tidak logik. Semua kuasa bagi dorongan dan naluri ini akan disimpan dalam satu sistem tenaga, dengan itu manusia dianggap sbagai sistem hidrolik dan tenaga ini tidak pernah bertambah mahupun kurang. Tenaga ini sering menjadi rebutan id, ego, dan superego kerana sistem ini mempunyai banyak tenaga yang berkuasa mengawal tingkah laku dan kehidupan manusia.
     Mengikut Freud (1940) tenaga dan naluri ini terbahagi kepada dua iaitu, naluri hidup atau libido ataupun eros yang berusaha untuk melanjutkan zuriat manusia. Naluri ini tidak terbatas kepada seks sahaja, tetapi berkaitan juga dengan usaha-usaha ke arah  mengembang, membina, dan mendorong manusia ke arah kreativiti. Ia merupakan tenaga penggerak atau motivasi yang dapat mendorong manusia untuk mencari keseronokan dan mengelakkan kesakitan.
     Seterusnya adalan naluri mati atau thanatos menjelmah dalam bentuk dorongan agresif. Dengan itu terdapat sesetengah waktu manusia cuba menyakiti diri sendiri ataupun membunuh diri atau orang lain.


Struktur Personaliti
Mengikut Freud (1936) personaliti boleh dibahagikan kepada tiga struktur iaitu id, ego dan superego. Walaupun ketiga-tiga bahagian tersebut saling berinteraksi, masing-masing mempunyai ciri tersendiri.
Id
Id merupakan sistem asal personaliti individu yang telah diwarisi sejak lahir dan berfungsi sepenuhnya dalam keadaan di bawah sedar serta berkait rapat dengan desakan naluri biologi yang merangsang tingkahlaku manusia. Pertambahan tenaga yang disebabkan oleh rangsangan luaran atau dalaman mengakibatkan ketegangan dan ketidakselesaan yang tidak boleh dibendung oleh id. Dengan itu, id cuba mengurangkan ketegangan melalui prinsip keseronokan (pleasure principle),  iaitu, mencari kepuasan terhadap keperluannya dengan serta merta tanpa membuat penaakulan dan berfikir secara logik. Id juga tidak berfikir secara waras dan bertindak diluar kewarasan dengan cara mengelakkan daripada kesakitan ketegangan dan bencana, sebaliknya sentiasa mencari jalan untuk memenuhi kepuasan berbentuk keseronokan.

Ego
Ego merupakan komponen yang berupaya membuat keputusan, yang dikawal oleh prinsip realiti. Prinsip realiti tersebut memerlukan seseorang menguji realiti serta melambatkan ketegangan sehingga objek dan persekitaran yang sesuai dijumpai. Dengan itu ego beroperasi secara realistik, menggunakan pemikiran yang logik serta perancangan yang sesuai.


Superego
Superego mengutamakanmoral serta nilai yang menjadi unsur dalaman seseorang individu. Ia merupakan perkembangan hati nurani (conscience), penilaian betul atau salah dan baik atau jahat. Tahap superego merupakan tahap yang unggul. Rumusnya seseorang yang mengalami desakan id yang kuat mencari kepuasan, sebaliknya seseorang yang mengalami desakan superego yang kuat mencari kesempurnaan.
     Secara keseluruhannya, personaliti manusia merupakan integrasi id, ego, dan superego. Id ialah dorongan semulajadi atau lebih dikenali sebagai naluri. Ego merupaakan struktur dalaman yang terbentuk daripada pengalaman dan realiti. Manakala superego merupakan nilai dan norma masyarakat.


Alam Tidak Sedar, Persedar dan Sedar

   Alam Sedar
Alam sedar merupakan sebahagian kecil jiwa manusia yang diibaratkan sebagai seketul ais yang terapung, hanya sebahagian kecil sahaja yang boleh dilihat. Alam sedar merujuk kepada keadaan individu dalam keadaan sedar. Ini adalah merangkumi kepada tingkah laku, tindakan, perasaan, pemikiran dan ingatan. Contoh perbuatan atau pemikiran sedar ialah minum, berjalan, berasa gembira atau sepi. Ia beroperasi pada permukaan personaliti seseorang dan hanya memainkan peranan yang kecil dalam perkembangan personaliti.

Alam Pra-sedar
      Alam pra-sedar mengandungi pengalaman yang berada di bawah sedar tetapi  jika tumpuan atau dilakukan secara bersungguh-sungguh, ianya mampu diingat semula boleh menjadi sedar dengan mengingat semula. Contoh, Kita tidak boleh memikirkan apa yang kita lakukan semalam tetapi apabila ditanya, kita masih boleh mengingat semula apa yang telah kita lakukan semalam.

Alam Bawah Sedar
Alam bawah sedar meliputi bahagian yang paling besar dalam mental manusia. Ia mengandungi pengalaman dan memori yang mana individu tidak sedar akan kewujudannya. Keadaan mental ini di luar kesedaran seseorang. Ia meliputi semua perkara yang di luar  kesedaran seseorang seperti semangat dan naluri individu. Ia juga merangkumi peristiwa-peristiwa yang melibatkan emosi dan perasaan. Ia mungkin melibatkan trauma, penderaan, kesedihan yang amat sangat. Memori ini akan terus berada dalam alam bawah sedar dan mungkin akan diluahkan oleh individu secara tidak langsung. Menurut Freud, alam ini adalah punca motivasi individu. Ia boleh merupakan keinginan untuk melakukan sesuatu, idea untuk mencipta atau motif untuk berkarya.

Peringkat Perkembangan
Perkembangan dalam diri seseorang itu dapat dilihat dalam teori psikoseksual yang diperkenalkan oleh ahli psikologi Sigmund Freud. Menurut Freud perkembangan diri setiap individu terbahagi kepada lima peringkat dan setiap peringkat berlaku secara urutan dan perkembangan yang berlaku dalam setiap peringkat  akan memberi kesan yang besar kepada pembentukan personaliti seseorang itu.

Peringkat Oral ( 0- 18 bulan )
Peringkat ini bermula sejak lahir sehingga berusia 18 bulan. Pada peringkat ini mulut dan bibir merupakan zon erotik yang sangat aktif. Pada usia ini, bayi hanya menumpukan perhatian kepada penyusuan dan aktiviti ini merupakan punca keseronokan bagi bayi tersebut. Terbahagi kepada dua iaitu oral incorporative iaitu, tahap awal penyusuan bayi sehingga gigi susunya tumbuh. Manakala peringkat kedua pula ialah, oral aggressive dimana kanak-kanak sering menggigit puting susu ibunya. Semasa peringkat ini bayi perlu dipenuhi keperluan fisiologinya dengan penuh kasih sayang. Bayi yang tidak merasa kepuasan mulut dan bibir akan menyebabkan berlakunya kesan yang negatif apabila dewasa nanti.

Peringkat Anal ( 18 bulan – 13 tahun )
Kanak-kanak telah bersedia dan mengawal fungsi biologi seperti membuang air. Kepuasan bukan lagi melalui aktiviti mulut tetapi melalui pembuang najis. Kanak-kanak akan memberi perhatian lebih terhadap kawalan buang air kecil dan besar supaya diterima dan dikasih oleh ibubapa.


Peringkat Falik  ( 3 - 5 tahun )
Kanak-kanak telah mula mempunyai perasaan terhadap ibubapa sendiri . Kanak-kanak lelaki terhadap ibu sendiri dan mudah berlaku konflik Oedipus sementara kanak-kanak perempuan berlaku konflik Elektra. Oleh itu ibubapa mesti memain peranan penting dalam mengawal dan memenuhi perasaan supaya konflik tidak berlaku.

Peringkat Latensi ( 5 – 11 tahun)
Pada peringkat ini kasih sayang dan keberanian telah bertukar kepada rakan sebaya. Kanak-kanak yang berjaya mengatasi dan mengawal perasaan ini boleh menjadi orang yang baik. Kanak-kanak diberi peluang untuk bergaul bagi memenuhi keperluan sosial mereka. Ibu bapa hanya perlu memerhati aktiviti pergaulan dan tidak bimbang sekiranya anak mementingkan kawan. Bagi freud, peringkat ini merupakan peringkat yang agak tenang.

Peringkat Genital ( 12 – 18 tahun )
Apabila kanak-kanak mencapai umur 12 tahun, mereka telah masuk alam remaja dan kebanyakannya telah akhil baligh. Pada peringkat ini kanak-kanak mula menaruh minat terhadap rakan sebaya. Dari segi pergaulan kanak-kanak akan mencari rakan-rakan yang berlainan jantina. Mereka tidak  suka dilayan seperti kanak-kanak mahupun orang dewasa. Pada masa ini adalah permulaan era kasih sayang dan era suka berkerja kerana melalui kasih sayang dan berkerja mereka mendapat kepuaasan. Oleh itu ibu bapa seharusnya memahami perkembangan ini agar proses psikoseksual tidak tercalar. Sekiranya ianya berlaku maka akan menimbulkan kesan negatif apabila mencapai peringkat dewasa kelak.


Kesimpulan
Walaupun teori yang dikemukakan oleh Freud telah mendapat berbagai-bagai kritikan tetapi tidak dapat dinafikan bahawa teori beliau sebagai pendekatan terbaru dan jelas mengenai perkembangan manusia. Menurut Amir Awang (1987) teori ini terlalu abstrak dan sukar diterapkan dalam dunia nyat, namun kita harus menghargai sumbangan  dari segi:
*      Kefahaman yang diberikan kepada kita tentang dinamika-dinamika yang sering berinteraksi dalam jiwa kita sehingga membawa kepada kerisauan
*      Kaedah yang dikemukakan dapat membantu dalam memahami penahanan, pentingnya perhubungan antara kaunselor dan kaunseling, nilai-nilai pemindahan, serta hela bela diri.
*      Sifat semula jadi manusia sering didorong oleh naluri ke arah kepuasan nafsu semata-mata.
Melalui kefahaman yang dibentangkan oleh Freud banyak yang dapat dimanfaatkan oleh dunia psokoterapi. Namun begitu, tidaklah dapat dinafikan bahawa bukan semua pendapatnya dapat diterima oleh ahli-ahli psikologi.